Laman web ini telah dibina pada 10/12/2010.
Laman ini bertujuan untuk membantu orang ramai dalam mendapatkan jawapan bagi persoalan mereka dalam banyak hal berkaitan kesihatan diri dan keluarga dan juga membantu diri saya sendiri memperkukuhkan ilmu perubatan.
Laman web ini dihasilkan sebagai tapak
perkongsian isu kesihatan antara komuniti, pelajar perubatan (saya dan kawan kawan lain), dan doktor perubatan. Ia juga diwujudkan untuk membolehkan sesiapa
sahaja untuk bertanya soalan tentang isu kesihatan yang dialami, tanpa
perlu memaparkan latarbelakang sebenar. Saya akan cuba yang terbaik
untuk mencari dan menyelesaikan persoalan yang diutarakan dengan
menggunakan ilmu yang telah dipelajari, dan dengan cara merujuk
Profesor, doktor perubatan di sekitar, melalui perbincangan (Google groups atau secara direct) atau buku rujukan. setiap soalan
yang diutarakan akan dijawab dengan rujukan lengkap dari sumbernya. Secara ringkasnya, objektif yang hendak dicapai melalui kewujudan laman web ini ialah:
Laman web
ini dilihat sebagai laman web yang dapat menguntungkan golongan pelajar perubatan, internship doctor, dan juga berguna kepada orang ramai yang mempunyai banyak
persoalan tentang kesihatan diri dan keluarga namun kurang kemudahan
untuk mendekati (tidak ada saudara mara atau rakan karib) yang bekerja dalam bidang kesihatan seperti doktor, sister
nurse, pharmacist dan lain lain untuk membincangkan masalah atau
persoalan harian mereka.
Anda
boleh menggunakan laman web ini untuk mengajak ramai lagi kawan kawan
atau sedara mara anda untuk terlibat secara langsung dengan isu
kesihatan diri dan keluarga, mempelajari ilmu baru tentang topik
kesihatan yang diminati (dengan sumber yang dipercayai seperti rujukan
buku buku, professor dan doktor pakar), mendapatkan info tentang
perkara terkini yang berlaku dalam bidang perubatan dan kesihatan
harian, dan juga menyumbang kepakaran (dengan ilmu yang dimiliki) kepada
orang orang yang mempunyai persoalan.. |


