ARTIKEL BERDASARKAN TOPIK:
| ARTIKEL SISTEM BADAN: - KARDIOVASKULAR
- PERKUMUHAN
- SEKSUAL (PERANAKAN)
- IMUNITI
- DARAH
- PENCERNAAN
- PERNAFASAN
- SISTEM SARAF
- KECANTIKAN
- DERIA PANCAINDERA
- METABOLISMA
- SISTEM PERGERAKAN
| ARTIKEL KESIHATAN ROHANI: - PENGENALAN
- AQIDAH
- HADIS
- ALQURAN
- EKONOMI ISLAM
ARTIKEL SELF-IMPROVEMENT - TOOLS PEMBELAJARAN
- EKONOMI
- PERNIAGAAN
|
posted Dec 20, 2010 5:28 AM by Muhammad Hafiz Sulaiman
[
updated Dec 20, 2010 8:04 AM
]
Rokok memang amat digemari oleh segolongan lelaki. Rokok memang beroleh menampakkan seorang lelaki kelihatan begitu 'cool'. Rokok memang mampu menenangkan fikiran. Namun, sedarkah kita, bahaya rokok begitu besar sekali?
Asap rokok mengandungi carbon yang melekat pada dinding salur pernafasan (trachea, bronchus dan bronchiole), dan alveoli (liang pernafasan terakhir pada paru paru yang membentuk paru paru yang boleh dilihat dari luar paru paru). Carbon ini di'makan' oleh sel histiocyte di paru paru kemudian dibawa ke dalam nod limfa (lymphatic node) dan boleh mengakibatkan kerosakan pada organ ini. kerosakan pada organ ini kemudian menyebabkan air pada paru paru tidak dapat mengalir keluar seterusnya mengakibatkan paru paru berair. Antara tanda tanda yang boleh dilihat ialah kesusahan bernafas (dyspnoea), dan batuk batuk.
bronchial pneumonia
gambar diambil dari: web.szote.u-szeged.hu
Asap rokok yang panas dapat memusnahkan banyak sel pada rongga mulut dan saluran pernafasan. Ini menyebabkan tisu yang terdapat di rongga ini musnah dan terpaksa diganti dengan tisu lain dalam masa yang singkat. Sekiranya perkara ini berterusan, sel badan terpaksa mengadaptasi keadaan ini dengan menukar jenis sel yang terdapat di rongga pernafasan kepada sel jenis lain (squamus cell). Squamus cell tidak mampu untuk menggerakkan mukus (kahak yang secara normalnya dihasilkan di saluran pernafasan) menyebabkan mukus yang terhasil ini tidak dapat dibawa keluar dari rongga pernafasan. Apabila perkara ini berlaku, kuman secara mudahnya dapat membiak di dalam mukus ini dan menyebabkan pelbagai radangparu paru (bronchial pneumonia). Apakah akan berlaku apabila seseorang menghidapi radang paru paru? Bergantung pada keseriusannya. Peringkat paling awal menyebabkan batuk batuk dan demam panas, dan peringkat terakhir ialah.. kematian.
Kepanasan asap rokok seperti yang sedia maklum, boleh menyebabkan pertukaran jenis sel kepada jenis sel yang lain. Namun, sekiranya seorang perokok tetap tidak mahu berhenti merokok, sel sel ini boleh menjadi 'dysplastic' (tidak matang). Sel tidak matang ini merupakan sel kanser. Sel kanser dapat membiak dan memasuki salur darah seterusnya berhijrah ke organ lain dan menyebabkan gangguan sistem badan. Tumor yang terbentuk di saluran pernafasan juga boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat dan boleh mengakibatkan kematian.
Perubahan sel dari normal kepada 'dysplastic' (tidak matang)
gambar dari: wikipedia
Kesan yang lebih merbahaya ialah kepada penghisap rokok yang mengambil alkohol. Alkohol boleh merosakkan lapisan mukosa (kahak) pada mulut dan saluran makanan (esophagus) seterusnya melemahkan pertahanan badan terhadap serangan asap rokok. Secara ringkasnya, peminum alkohol lebih lagi cenderung mendapatkan kanser akibat merokok.
Itu baru kepanasan asap rokok, belum lagi bahan bahan kimia yang dikandunginya. Dianggarkan sebanyak 3000 jenis bahan kimia yang boleh didapati dari rokok. Bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok terdiri daripada nikotin, tar, karbon dan karbon monoksida. Karbon secara sendirinya tidak dapat mendatangkan banyak bahaya kepada si penghisap rokok, namun, sekiranya digabungkan bersama tar boleh menyebabkan kanser paru paru.
karsinoma (kanser) paru paru
Profesor Steiner dari Hospital Fakulti Hradec Kralove Czech Republic berkata " Satu batang rokok dapat memendekkan jangka hayat seorang sebanyak 5 minit, jadi anda boleh pilih untuk berseronok dengan rokok atau menyelamatkan nyawa anda". Tambahan pula, jika seseorang itu menghabiskan 5 minit untuk merokok, maka jumlah masa kehidupan yang dikorbankannya untuk sebatang rokok ialah 10 minit!
Itu sahaja?
Belum lagi, banyak orang kata rokok tidak baik untuk jantung. Betulkah itu? Sememangnya. Bahan kimia dalam rokok adalah agen yang sangat kuat menyebabkan peningkatan tahap kolesterol jahat dalam badan (lipoprotein berdensiti rendah, LDL). Atas sebab ini, banyak kolesterol jahat berlegar legar dalam badan perokok dan mencari tempat untuk berehat. Maka, kolesterol jahat ini akan berehat di arteri tertentu seperti di kepala, koronari (jantung), peha, dan arteri di bahagian perut (abdomen). Akibatnya, sering kali kita mendengar golongan perokok menghidap sakit jantung akibat salur darah tersumbat. Semuanya gara gara menghisap rokok. Sepertimana yang kita tahu, salur darah jantung amat penting untuk membekalkan darah pada jantung. sekiranya ia tersumbat, jantung kekurangan bekalan darah dan penghidap penyakit ini akan berasa amat amat sakit di bahagian dada akibat sebahagian jantung telah pun mati.
saluran darah ke jantung tersumbat dan boleh menyebabkan kematian
Disebabkan rokok boleh mendatangkan bencana yang amat besar kepada manusia, kesatuan Mufti Selangor telah mengharamkan menghisap rokok kepada seluruh umat Islam seperti berikut:
|
|
| |
|
NEGERI SELANGOR
|
|
|
|
Warta Kerajaan
|
|
DITERBITKAN DENGAN KUASA
|
|
|
|
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
|
|
PUBLISHED BY AUTHORITY
|
|
(1)
|
Merokok adalah haram |
|
|
|
|
(2)
|
Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.
|
|
|
|
|
(3)
|
Bagi maksud fatwa ini , " rokok " ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.
|
Oleh itu, dinasihatkan agar kita cuba berhenti merokok. Berhenti merokok dapat dimulakan dengan menggantikan rokok dengan gula gula getah mengandungi nikotin yang boleh didapati di farmasi dan kedai ubat. Sedikit demi sedikit perokok akan mengurangkan kandungan nikotin harian yang diambil seterusnya melenyapkan tabiat buruk merokok dari hidup mereka..
|
posted Dec 18, 2010 5:30 AM by Muhammad Hafiz Sulaiman
[
updated Dec 20, 2010 8:24 AM
]
Rumah yang kotor di sini bukan bermaksud rumah yang bersepah sepah dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, baju tidak berbasuh dan sebagainya. Rumah kotor yang dimaksudkan di sini ialah rumah yang tidak 'bebas kuman'. Sering kali di kaca televisyen mengiklankan bahan pencuci pakaian yang dapat menghapuskan 99.9% kuman. Tidak kurang juga ada yang mengiklankan pencuci lantai yang mampu mebasmi kuman untuk keselamatan anak anda. Pengiklan bahan pencuci seperti ini mahukan rumah kita bersih sebersihnya seolah olah berada di dalam dewan bedah, semuanya mesti bebas kuman. Namun, sejauh manakah rumah bebas kuman ini baik untuk diri kita dan anak anak?
Zaman ini, sering kedengaran banyak orang menghidapi penyakit asma dan penyakit hipersensitif yang lain seperti alergi. Kebanyakan mereka menyalahkan faktor persekitaran mereka yang tidak bersih menyebabkan mereka menghadapi seperti ini berulang kali. Mereka sering kali membersihkan rumah sebersihnya, namun serangan asma dan alergi tetap berulang. Dimanakah silapnya?
Silapnya terletak pada kebersihan rumah yang keterlaluan seolah olah kuman itu adalah 100% musuh bagi manusia. Banyak ibu yang sentiasa memastikan rumah mereka bebas dari kuman, sanggup menghabiskan ratusan ringgit setahun untuk membeli bahan pencuci yang dapat membebaskan rumah 100% dari kuman. Iklan iklan di televisyen sentiasa mewarwarkan kepada orang ramai bahawa untuk mendapatkan hidup yang sihat, kita harus menghindari kuman. Seolah olah kuman adalah musuh ketat bagi kita. Namun sedarkan kita bahawa kuman merupakan organisma yang sentiasa membantu kita dalam kehidupan?
Profesor Jan Krejsek dari Charles University Czech Republic berkata "kuman adalah kawan baik bagi manusia. Manusia tidak patut menjauhi kuman kerana ia membantu manusia melawan penyakit. Olleh sebab itulah banyak daripada golongan petani yang sentiasa terdedah kepada tanah dan haiwan mempunyai imuniti yang amat hebat."
Profesor Jan Krejsek, Head of Immunology Department Faculty Hospital Hradec Kralove
Kuman terdiri daripada danger (bahaya) dan non-danger (tidak merbahaya). Kuman di dalam badan kita terutamanya yang terdapat di saluran perut-usus (GIT) adalah baik untuk badan. Sebagai contoh ialah Escherichia Coli. Bacteria ini memastikan kolonisasi bakteria lain yang lebih patogenik (menyebabkan penyakit) tidak mampu membiak di dalam perut kita. Selain itu, bakteria ini menghasilkan vitamin K yang yang amat penting untuk darah (pembekuan darah).
gambar diambil dari: www.verbraucherrat.at
Pendedahan awal kepada bakteria dan kuman kuman lain seawal kecil lagi membolehkan seseorang menghasilkan imuniti terhadap pelbagai jenis patogen (organisma pembawa penyakit) dan allergen (bahan yang menyebabkan alergi). Sekiranya proses ini diasingkan dari hidup seorang bayi, kesannya ialah asma, alergi dan panyakit penyakit yang lebih serius sewaktu dewasa. Perkara ini dapat dilihat berlaku kepada masyarakat bandar yang terlalu mementingkan kebersihan rumah, tiada habuk, tiada kotoran. Tiba saja waktu hendak ke kampung sewaktu hari raya, datanglah penyakit penyakit semput, tangan gatal gatal dan lain lain.
Sebahagian doktor amat gemar menyarankan pesakitnya memakan antibiotik bagi membunuh kuman di dalam perut mereka. Ada pula yang amat suka memberikan antibiotik yang tidak spesifik untuk membunuh kuman kuman tertentu pada badan pesakit seperti Chloramphenicol. Akibatnya, banyak kuman kuman baik seperti E. Coli, n-p Stafilokokus Aureus, Klebsiella, Proteus, Lactobacillus yang terdapat di dalam saluran perut-usus kita yang terbunuh dan lapisan pelindungan terhadap kuman merbahaya telah menjadi lemah. Mulalah gejala Candidiasis dan Clostridiasis berlaku pada badan kita.
Gejala candidiasis akibat antibiotik Chloramphenicol
gambar diambil dari: indiahealthtour.com
Bagaimana pula kalau anak saya cirit birit akibat rumah yang terlalu kotor?
Sememangnya dalam proses mewujudkan imuniti dalam badan kita dan anak anak seringkali akan berlaku perkara yang kurang menyenangkan seperti cirit birit dan jangkitan kulit. Ini merupakan perkara biasa dalam mengadaptasi kepada persekitaran kita. Namun harus diingatkan, kebersihan mastilah dipelihara, cuma tahap kebersihannya harus tidak perlulah sampai takut kepada kuman kuman.
Oleh yang demikian, kita dinasihatkan agar tidak terpengaruh dan tertipu dengan media yang sentiasa mahu mengambil untung atas diri kita. Rumah yang 100% bebas kuman, tidak bermaksud 100% baik untuk diri kita dan anak anak.
|
posted Dec 12, 2010 4:17 PM by Muhammad Hafiz Sulaiman
[
updated Dec 20, 2010 7:56 AM
]
Image di atas diambil dari: Medimanage.com
Setiap hari kita sering mendengar di televisyen dan di surat khabar mewarwarkan senaman sebagai gaya hidup sihat yang digalakkan oleh kerajaan dan institusi kesihatan. Namun, sejauh manakah kita faham kepentingan bersenam kepada diri kita? Segelintir masyarakat berpendapat bahawa melakukan senaman tidak penting apabila berat badan unggul telah diperoleh, namun adakah tanggapan ini benar?
Sebagaimana yang telah kita ketahui, masyarakat pada hari ini semakin sibuk dengan aktiviti harian mereka yang begitu mendatangkan tekanan (stres). Stres menyebabkan badan kita bertindakbalas meningkatkan kandungan gula dan lemak dalam darah, seterusnya menyebabkan banyak kesan negatif. Tekanan yang dialami pada masa yang singkat boleh mengakibatkan sakit kepala dan otot terutamanya di bahagian leher. Oleh sebab itu, kita bisa merasa kekejangan otot di bahagian leher apabila berasa terlalu tertekan. Tekanan yang berpanjangan pula boleh mengakibatkan banyak komplikasi kepada seseorang antaranya ialah kecenderungan kepada cirit birit yang berulang kali, aterosklerosis (pengerasan dinding salur darah), bertambah atau berkurangya selera makan, dan hipertension (darah tinggi). Masalah masalah ini seterusnya berupaya mendatangkan penyakit lain yang lebih serius seperti sakit jantung, ischemia (kurang pengaliran darah di bahagian bahagian tertentu pada badan), dan aneurysma (salur darah mengembang dan berkemungkinan untuk pecah menyebabkan pendarahan dalaman).
Image di atas diambil dari: i.telegraph.co.uk
Pada zaman dahulu, manusia menggunakan tulang empat kerat mereka untuk menghadapi situasi stres seperti dikejar harimau, atau kekurangan makanan. Namun pada hari ini, kebanyakan situasi stres yang dialami masyarakat tidak memerlukan aktiviti fizikal sebagai gerak balas. Misalnya, seorang pekerja kilang sering kali dimarahi majikannya, namun dia tidak boleh menggunakan fizikalnya untuk menghadapi situasi stres yang dialaminya, sebaliknya dia dijangka untuk bersabar dan berdiam, tidak seperti pada zaman dahulu kala, apabila orang dimarahi, mudah sahaja mereka bertumbuk dan bergaduh. Disebabkan stres pada masyarakat kita pada hari ini tidak dapat disalurkan kepada aktiviti fizikal, ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan.
gambar diatas dambil dari: blog.80millionmoviesfree.com
Bersenam dapat mengurangkan kesan kesan stres terhadap badan apabila badan diarahkan untuk menggunakan gula dan lemak yang telah disediakan oleh badan untuk menghadapi situasi stres. Degan aktiviti senaman yang dilakukan, kita berhasil mengurangkan kandungan gula dan lemak larut dalam darah seterusnya berhasil mengelakkan enapan lemak dan kolesterol dalam salur darah. Aterosklerosis (dinding salur darah yang mengeras dan tersumbat) dapat dielakkan dengan cara ini.
Bersukan juga berupaya menjadikan individu periang dan ceria sepanjang hari. Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Dengan bersukan, badan akan menghasilkan sejenis 'precursor hormone' sejenis protein dalam darah yang bernama preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin, sejenis molekul yang bertindak sebagai bahan yang membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti senaman. Oleh sebab itu, kita bisa merasakan keceriaan berpanjangan apabila kita melakukan senaman secara konsisten.
Ceria sepanjang hari
image dari: www.credit-aid.com
Selain itu, terdedah di bawah cahaya matahari dapat merangsang sejenis reseptor di dalam mata yang mengesan cahaya ultra ungu (UV light). Reseptor ini menghantar impuls ke bahagian otak bernama suprachiasmatic nuclei, dan seterusnya ke bahagian otak yang lain. Apabila otak mengesan kewujudan cahaya ultra ungu ini, otak akan menghasilkan sejenis hormon bernama serotonin yang dapat membawa rasa gembira ke dalam minda seseorang. Kekurangan cahaya matahari yang dialami oleh banyak warga eropah terutamnya di Norway telah mangakibatkan gejala kemurungan yang amat tinggi, seterusnya meningkatkan kes bunuh diri di negara negara tersebut.
Saya ada sakit jantung dan berat badan, kenapa saya perlu bersukan?
Individu yang telah sedia menghidap penyakit jantung juga mendapatkan banyak manfaat daripada aktiviti senaman. Untuk individu yang menghidap aterosklerosis, bersenam dapat meingkatkan colaterals (bertumbuhan arteri baru) ke jantung seterusnya mengurangkan kebergantungan jantung pada arteri lama yang telah tersumbat. Ini terhasil sewaktu bersukan kerana sewaktu bersukan jantung memerlukan tenaga yang lebih banyak dan aliran darah yang lebih banyak. Oleh sebab arteri yang sedia ada tidak mencukupi untuk membekalkan banyak darah, jantung mengalami hypoxia (kekurangan oksigen untuk menghasilkan tenaga). Jantung seterusnya menghasilkan hormon VEGF (vascular endothelial growth factor) yang megarahkan pertumbuhan salur darah baru ke jantung. Oleh sebab salur darah baru terbentuk, risiko mengalami infarct (tisu jantung mati kerana terputus bekalan darah) dapat dikurangkan kerana salur darah baru yang dihasilkan berjaya mengekalkan bekalan darah ke jantung.
Tapi saya rasa malas nak bersukan
Rasa malas nak bersukan memang susah hendak dihilangkan. Saya juga mengalami masalah yang sama. Namun setelah berfikir panjang, saya telah menemui jalannya! Dengan memulakan dengan senaman yang ringan dan sekejap namun konsisten sepanjang minggu. Contohnya dengan berjalan kaki selama 15 minit di waktu petang atau waktu lapang yang lain, atau boleh juga mengayuh basikal excercise (basikal dalam rumah) atau basikal sebenar selama perlahan lahan selama 15 minit. Setelah berjaya melakukan aktiviti ini secara konsisten, kita boleh meningkatkan intesiti senaman kita dengan berjoging atau mengayuh lebih laju.
Gambar diambil dari: exercise-bikes.org
|
|